Henti Polemikkan Isu Kalimah Allah Demi Keamanan Negara - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan peserta-peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia selepas menyampaikan diploma kursus tersebut di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan peserta-peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia selepas menyampaikan diploma kursus tersebut di Kuala Lumpur, Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada Jumaat mahu semua pihak berhenti mempolemik dan mempolitikkan isu kalimah Allah demi keamanan negara.

Beliau berkata keengganan segelintir puak untuk menerima keputusan mahkamah berhubung isu itu, sebaliknya menanam perasaan benci dan mewujudkan perpecahan, dikhuatiri boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara.

"Mahkamah telah buat keputusan, jadi kita kena akur kepada keputusan yang dibuat...jangan dipolemikkan atau dipolitikkan isu itu, kalau tidak huru hara negara kita," katanya selepas merasmikan majlis penutupan dan penyampaian diploma Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 33/2013 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember yang antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Oktober lepas, Mahkamah Rayuan juga membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu setelah merumuskan penggunaan kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Dalam pada itu, seramai 40 pegawai tentera pelbagai peringkat menerima diploma masing-masing pada majlis berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan