Prof Dr Sahol Hamid Dilantik Semula Naib Canselor UiTM

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia pada Khamis mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, pelantikan semula Dr Sahol Hamid adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan kementerian di samping memastikan kesinambungan pelan pembangunan UiTM berjalan lancar.

"Kementerian Pendidikan berharap agar pelantikan semula ini dapat membantu UiTM untuk menghasilkan graduan Bumiputera yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

"Di samping itu, kementerian juga berharap agar pencapaian UiTM dapat dipertingkatkan menerusi pemantapan barisan kepimpinan dan organisasi, kualiti staf akademik, kualiti pembelajaran dan pengajaran dan pembangunan aplikasi sains dan teknologi," demikian menurut kenyataan itu.

Sahol Hamid yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada 9 Januari ini, pertama kali dilantik sebagai naib canselor UiTM pada Januari 2010 dan dilantik semula untuk tempoh dua tahun lagi pada Januari 2011.

Bekas graduan Institut Teknologi Mara (sebelum dinaik taraf UiTM) itu memulakan kerjayanya bersama UiTM sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan pada 1980 dan pernah menjadi dekan Fakulti Kejuruteraan, pengarah kampus UiTM Pulau Pinang dan timbalan naib canselor akademik dan pengantarabangsaan universiti itu.

Selain Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari UiTM pada 1977, beliau juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan awam dari Colorado State University, Amerika Syarikat dan ijazah doktor falsafah dari University of Sussex, United Kingdom.

Pada 2008, beliau dilantik sebagai pengarah di Pejabat Pengurusan Projek Kementerian Pengajian Tinggi.

Sahol Hamid juga merupakan orang Asia dan rakyat Malaysia yang pertama menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari University of Stuttgart, Jerman.

Beliau menerima ijazah itu pada 18 November 2011.

Selain itu beliau juga merupakan pensyarah jemputan di universiti yang sama.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan