Penyu Cedera Di Pantai Cherang Laut Kini Dirawat Di Rantau Abang

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seekor penyu lipas yang cedera dan dijumpai terdampar di pantai Cherang Laut, Tawang, Kelantan pada Rabu kini dirawat di Pusat Penyelidikan dan Ekosistem Marin (Tumec), Rantau Abang.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata penyu berumur 10 hingga 12 tahun itu bukan daripada keluarga penyu belimbing seperti yang didakwa penduduk kampung Padang Nibong, Bachok, Kelantan.

"Kita dalam proses untuk rawat penyu itu di Pusat Penyelidikan dan Ekosistem Marin Rantau Abang setelah dibawa ke sini semalam," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Akhbar pada Khamis melaporkan penyu itu dijumpai seorang remaja, Mohd Farid Ismail, 17, ketika beliau sedang beriadah bersama-sama rakan di tepi pantai berkenaan.

Berita penemuan penyu itu menarik perhatian ribuan penduduk sekitar.

Abdul Khalil berkata beberapa kali penyu itu telah diusung dan diletakkan di dalam air namun hidupan laut itu datang semula dan merangkak di pantai.

Katanya penyu itu cedera dan sebelah kakinya terputus kemungkinan tersangkut pada pukat.

Sementara itu, Ketua Pusat Tumec Syed Abdullah Syed Abdul Kadir pula berkata pegawai perubatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan merawat penyu itu.

Beliau berkata penyu berkenaan kini dalam keadaaan stabil dan Tumec tidak akan melepaskannya sehingga ia benar-benar sembuh. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan