Muhyiddin Tinjau Suasana Hari Pertama Persekolahan

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin beramah mesra bersama murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), Muhammad Irfan Fakhri Rosazman semasa melawat ke sekolah tersebut pada hari pertama sesi persekolahan 2014 di Putrajaya, Khamis.- fotoBERNAMA
Muhyiddin beramah mesra bersama murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), Muhammad Irfan Fakhri Rosazman semasa melawat ke sekolah tersebut pada hari pertama sesi persekolahan 2014 di Putrajaya, Khamis.- fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis meninjau suasana hari pertama sesi persekolahan 2014 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1), di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meluangkan masa setengah jam meninjau suasana di kelas yang menempatkan murid Tahun Satu dan juga bilik terapi pendidikan khas di sekolah berkenaan.

Beliau juga bermesra dan bertanya khabar dengan murid-murid dan ibu bapa di sekolah itu.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Madinah Mohamad dan Guru Besar SK Presint 14 (1) Norihan Karim.

SK Presint 14 (1) mempunyai 1,350 murid dan 45 murid di lima kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan empat lagi murid di prasekolah pendidikan khas. Sementara itu, Norihan menyifatkan lawatan Muhyiddin pada hari pertama persekolahan merupakan satu sejarah di sekolah itu.

"Saya mengucapakan terima kasih kepada timbalan perdana menteri..ini juga merupakan satu sejarah kepada saya sebagai guru besar di sekolah ini," katanya kepada pemberita di sini.

Norihan berkata perjumpaan dengan Muhyiddin turut membincangkan masalah di sekolah berkenaan termasuk Internet dan juga pelaksanaan kokurikulum pada waktu pagi.

Norihan berkata hari pertama persekolahan di sekolah itu berjalan lancar dengan para pelajar Tahun Satu mula menjalani program transisi selama tujuh hari bermula pada Khamis.

Seramai 260 murid memasuki Tahun Satu di sekolah itu.

Selepas itu, Muhyiddin turut melawat beberapa sekolah di Kuala Lumpur, dengan sekolah pertama yang dilawatinya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel di Kampung Pandan.

Ketibaan beliau pada 9.40 pagi disambut pengetua sekolah, Tan Loo Kee, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kapt Sam Abdul Mutalib Hassan dan Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 40 minit meninjau sekitar bilik darjah serta memasuki tiga buah kelas dan dilihat bertanya khabar dan bermesra dengan para pelajar serta guru yang sedang mengajar.

Tan yang ditemui berkata kedatangan Muhyiddin memberi peluang kepada tenaga pengajar serta pelajar mengenali pemimpin yang disifatkan mesra murid itu dengan lebih dekat selain membangkitkan perkara berkaitan sekolah.

"Pada kesempatan ini, pihak sekolah melalui PIBG menyerahkan surat bagi memohon bantuan RM3 juta untuk membina bangunan baharu setinggi tiga tingkat serta menggantikan bumbung yang bermasalah ketika hujan," katanya.

Sekolah yang dibuka pada tahun 1946 itu beroperasi secara dua sesi, mempunyai 44 guru dan 560 murid dengan 70 peratus daripadanya adalah pelajar berbangsa Cina. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan