Mohd Faudzi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Baharu - Berita Semasa | mStar

Mohd Faudzi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Baharu

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Mohd Faudzi Che Mamat
Datuk Mohd Faudzi Che Mamat

KOTA BARU: Bekas Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang bersara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pelantikan Mohd Faudzi berkuat kuasa pada Rabu.

Majlis menandatangani surat menerima dan mengangkat sumpah jawatan oleh Mohd Faudzi di hadapan Ahmad diadakan di Pejabat Menteri Besar di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Ahmad turut mengumumkan pelantikan bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, Datuk Nik Kazim Nik Yusoff sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kelantan yang baharu, berkuat kuasa hari ini. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan