Jais Serbu Premis PBM

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kira-kira 20 anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang diiringi polis menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.

Ahli majlis eksekutif PBM, Nic Ng berkata sebanyak 321 salinan Alkitab, 10 salinan Bible Iban - Bup Kudus dan 20 salinan Luke Gospel dalam versi Bahasa Melayu dirampas dalam serbuan itu.

Ng berkata polis mengarahkan pengerusi persatuan itu, Lee Min Choon dan setiausaha agungnya, Simon Wong untuk menemani mereka ke balai polis Damansara utama bagi memberikan keterangan.

Katanya, premis persatuan itu ditutup pada Khamis untuk pemeriksaan stok ketika pegawai penguatkuasaan tiba di sana.

Ng berkata pada mulanya kakitangan persatuan itu tidak membenarkan pegawai penguatkuasaan tersebut untuk memasuki premis kerana mereka tidak mempunyai waran.

"Pekerja menghubungi saya dan saya turut dimaklumkan bahawa Jais tiada kuasa ke atas kami," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan