Insentif Baucar Inovasi Untuk PKS

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafsah Hashim.
Hafsah Hashim.

PETALING JAYA: SME Corp menyasarkan seberapa banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk diberikan manfaat baucar inovasi yang dilancarkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, terdapat maklum balas yang positif daripada PKS yang terlibat berikutan pengunaan teknologi dan inovasi baru adalah mahal.

“Bagi segelintir syarikat yang berteknologi tinggi, pembangunan dan penyelidikan (R&D) memperuntukkan sehingga 60% daripada perolehan mereka,” katanya kepada Starbiz.

Pengenalan baucar inovasi itu merupakan sebahagian daripada program Pensijilan Inovasi bagi Penarafan Entepris dan Program Transformasi (1-InnoCERT) untuk mempromosikan penggunaan teknologi dan inovasi di kalangan PKS tempatan.

Antara kos yang dibiayai di bawah insentif itu adalah pensijilan, sistem pengurusan kualiti, pembungkusan produk, R&D, pengiklanan dan penjenamaan, serta pembelian mesin dan kelengkapan.

Hafsah berkata, perbadanan itu mengadakan kolaborasi dengan badan-badan pensijilan dan penilaian seperti Sirim, Mimos dan National Instruments.

“Kolaborasi kami dengan badan-badan penilaian membolehkan transaksi untuk PKS lebih mudah apabila kami (membayar balik) kos itu secara langsung kepada badan-badan penilaian untuk membolehkan mereka mengendalikan penilaian dengan segera sebaik sahaja ia diluluskan,” katanya.

Beliau menambah, kolaborasi itu diperluaskan dengan badan-badan penilaian yang lain untuk terlibat dalam program baucar inovasi itu.

Salah seorang daripadanya ialah QAV Technologies Sdn Bhd, yang mempunyai makmal yang telah disahkan oleh American National Standards Institue bagi membolehkan sejumlah ujian dan pensijilan yang lebih besar dalat dikendalikan.

Ditanya mengenai bagaimana PKS dapat memohon baucar berkenaan, beliau berkata, geran akan dikeluarkan berdasarkan pembayaran balik.

"PKS perlu komited dengan pelan pengembangan dan melaksanakannya dengan pembelian dahulu dan kemudian boleh membuat tuntutan perbelanjaan itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, PKS perlu mendapat kelayakan dahulu dengan memperoleh sijil 1-InnoCERT di mana ia meliputi dua peringkat penilaian iaitu secara dalam talian dan lawatan penilaian dan pengauditan ke tapak oleh golongan pakar.

Dana berjumlah RM36 juta itu diperuntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dengan pembiayaan sehingga RM400,000 untuk setiap syarikat yang mempunyai kelayakan 1-InnoCERT.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan