Bilik Operasi MCA Untuk Dekati Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong hadir mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti buat pertama kali di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Khamis. -foto SAMUEL ONG/The Star
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong hadir mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti buat pertama kali di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Khamis. -foto SAMUEL ONG/The Star

KUALA LUMPUR: MCA akan menubuhkan bilik-bilik operasi di peringkat bahagian dan negeri dalam masa terdekat dalam usaha mendekati rakyat.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bilik-bilik operasi itu perlu diwujudkan segera tanpa perlu menunggu musim pilihan raya.

"Kita tak payah tunggu pilihan raya baru nak wujud (bilik operasi).

"Di mana ada kawasan-kawasan MCA kita akan adakan bilik operasi," katanya kepada pemberita selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat MCA selepas pemilihan parti pada 21 Disember lalu di sini, Khamis.

Liow berkata penubuhan bilik-bilik operasi itu juga merupakan kaedah baru yang diperkenalkan MCA untuk mentransformasi parti.

Katanya ia bukan sekadar bertujuan mendekati rakyat tetapi juga untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti.

"Kita ada cara baru melalui lapan jawatankuasa induk yang penting untuk dekati rakyat dalam semua isu bersama-sama NGO.

"Kita akan pastikan jawatankuasa bergerak dan kerja-kerja dapat dilakukan," katanya.

Dalam sidang media yang sama Liow mengumumkan penubuhan lapan jawatankuasa yang disifatkan penting untuk parti.

Jawatankuasa tersebut ialah jawatankuasa pembangunan politik, jawatankuasa rundingan pendidikan, jawatankuasa persediaan PRU-14, jawatankuasa perhubungan NGO dan sekerja masyarakat Cina, jawatankuasa penyelidikan dan perancangan strategi, jawatankuasa rundingan ekonomi, jawatankuasa pembangunan sosial dan jawatankuasa penstrukturan semula organisasi.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), MCA hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 37 kerusi parlimen dan 90 DUN yang ditandingi.

Keputusan itu lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 kerana ketika itu MCA menang 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN daripada 40 kawasan Parlimen dan 90 kerusi DUN yang ditandingi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan