Polis Tahan Anggota PKR Bantu Siasatan Kes Ugut Bunuh Ketua Menteri Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis menahan seorang anggota PKR di sini malam Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Zulkifli Hassan, yang mengesahkan perkara itu, berkata lelaki berusia 34 tahun itu merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira 9.20 malam Isnin.

Katanya, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.

Semasa ditangkap, lelaki itu berada bersama-sama beberapa anggota PKR lain untuk menghantar pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard yang balik ke Kuala Lumpur, katanya.

Beliau berkata, polis pada Selasa telah memperolehi perintah mahkamah untuk menahan reman lelaki itu selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Katanya, lelaki itu disyaki memiliki akaun laman sosial Facebook yang telah memuat naik kenyataan mengandungi kata-kata berunsur ugutan bunuh terhadap Taib pada 27 Disember lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan