Perhimpunan Haram Tidak Demokratik - Tun M

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan haram yang diadakan pada sambutan ambang tahun baharu pada Selasa malam dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.

Katanya kumpulan yang menghadiri perhimpinan berkenaan sengaja ingin menimbulkan masalah kepada majoriti orang ramai yang tidak terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Sebagai negara demokratik, memanglah kumpulan minoriti juga mempunyai hak. Tapi, mereka tidak mempunyai hak untuk mengganggu kehidupan kumpulan majoriti yang mahu menyambut tahun baharu, demokrasi apakah ini?" katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Malam tadi, beribu-ribu penunjuk perasaan mengganggu sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka di sini sehingga memaksa majlis itu ditamatkan lebih awal.

Dr Mahathir berkata penunjuk perasaan terbabit menafikan hak asasi kumpulan majoriti dengan melakukan perbuatan itu pada waktu dan di tempat yang salah.

"Kalau nak buat juga, buatlah di tempat lain, jangan ganggu orang lain...kumpulan minoriti memang ada hak, tapi jangan gunakannya dengan menafikan hak kumpulan majoriti," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas tentang 11 langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam, Dr Mahathir berkata beliau gembira dengan langkah itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan