Perhimpunan Haram Perjuang Kenaikan Harga Barang Hanya 'Topeng' - Polis

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka Selasa malam adalah 'topeng' oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata perhimpunan itu adalah permulaan bagi agenda yang lebih luas.

"Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk 'Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun' yang bersiaran secara langsung Selasa malam.

Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Salleh berkata tujuan perhimpunan itu diadakan ketika secara tradisinya rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu adalah untuk mengaburi pihak luar kononnya ia mendapat sambutan rakyat.

"Hakikatnya mereka tahu jumlah mereka kecil, dan cuba menggunakan orang ramai yang merayakan tahun baharu yang lebih ramai daripada jumlah mereka, untuk dijadikan alat sebagai bukti di dalam gambar dan video mereka serta dimuatkan ke dalam laman sosial, kononnya perhimpunan mereka mewakili suara rakyat," katanya.

Beliau berkata mereka juga cuba mewujudkan suasana provokasi ke atas polis agar pihak keselamatan menahan mereka dan akan menggunakan insiden tangkapan mereka bagi menunjukkan kerajaan di negara ini zalim, demokrasi terjejas selain cuba menggambarkan keganasan polis melalui media sosial.

"Mereka sudah mempunyai skrip untuk perhimpunan ini. Apa yang mereka perlukan ialah gambar dan video untuk melengkapkan skrip mereka," katanya.

Beliau berkata polis tidak akan menjadi instrumen kepada agenda itu dan hanya akan membuat tangkapan mereka yang terbabit selepas bukti serta keterangan dikumpul bagi membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah.

Justeru, Salleh menasihati pihak luar mahupun golongan muda agar tidak mudah terpedaya dengan cubaan pihak terbabit untuk memburukkan sistem demokrasi di negara ini kerana hakikat sebenarnya, Malaysia masih sebuah negara yang aman dan demokratik.

Malah, katanya, negara ini mempunyai sistem demokrasi berparlimen yang mana rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada wakil rakyat masing-masing tanpa perlu melakukan rusuhan.

Beliau berkata wakil rakyat akan membawa masalah mereka ke Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional memperoleh 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang dipertanding manakala pembangkang menguasai 89 kerusi.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan