Konsert Ambang Tahun Baharu Di Dataran Merdeka Dihentikan

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai yang hadir menyaksikan persembahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.
Orang ramai yang hadir menyaksikan persembahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR: Beberapa penunjuk perasaan dilihat membaling botol ke arah pentas persembahan menjelang sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka.

Polis bergerak ke atas pentas untuk menghentikan persembahan-persembahan seterusnya.

Terdahulu, lebih ramai anggota polis ditempatkan di Dataran Merdeka memandangkan kehadiran orang ramai yang diluar jangkaan mula membanjiri lokasi sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka.

Selain ribuan orang awam yang membanjiri lokasi tersebut, polis lebih fokus kepada lokasi penunjuk perasaan yang ingin mengadakan bantahan kenaikan harga.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad serta beberapa lagi pegawai polis dilihat berada di Dataran Merdeka untuk mengawal keselamatan orang ramai.

Anggota polis tiba di beberapa lokasi perhimpunan kira-kira pukul 8 malam.

Orang ramai mula membanjiri lokasi seawal pukul 7 malam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan hasrat mereka untuk berkumpul di Dataran Merdeka sebagai membantah kenaikan harga.

Antara yang terlibat adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia dan sayap pemuda Pakatan Rakyat.

Polis berkata penganjur perhimpunan itu merancang untuk 'menggulingkan kerajaan'.

11.35 malam: Beberapa penunjuk perasaan berjaya masuk ke dalam padang. Segelintir daripada mereka dilihat membaling botol ke arah pentas persembahan. Konsert dihentikan dan polis berada di atas pentas.

11.15 malam: Beberapa penunjuk perasaan mengebu majlis sambutan ambang Tahun Baharu.

11.oo malam: Penunjuk perasaan merempuh sekatan polis dan memasuki Dataran Merdeka. Kehadiran penunjuk perasaan dekat pentas konsert tidak mengganggu majlis sambutan Tahun Baharu.

10.50 malam: Polis mengawal keadaan, majlis sambutan Tahun Baharu berjalan lancar. Penunjuk perasaan dianggarkan seramai 5,000 orang.

Lebih ramai anggota polis ditempatkan di beberapa laluan masuk ke Dataran Merdeka. Beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh penghadang yang telah dipasang.

Zainulddin memberitahu penunjuk perasaan bahawa polis sedang menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan orang ramai.

9.50 malam: Ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di Sogo mula berjalan ke Dataran Merdeka. Satu lagi kumpulan dari Masjid Jamek menyertai kumpulan lain yang berkumpul di Pasar Seni mula berarak ke Dataran Merdeka.

9.35 malam: Sekumpulan penunjuk perasaan tiba di Dataran Merdeka dari pelbagai lokasi tetapi polis menghalang mereka untuk memasuki kawasan tersebut.

Segelintir daripada mereka berjaya memasuki lokasi.

9.00 malam: Sekumpulan besar penunjuk perasaan berkumpul di pintu masuk pusat membeli-belah Sogo, bersedia berarak ke Dataran Merdeka.

Penganjur berucap menggunakan alat pembesar suara di pintu masuk Sogo.

8.50 malam: Sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di Pasar Seni, salah satu lokasi checkpoint untuk peserta Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun). Mereka dimaklumkan untuk berkumpul sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

8.45 malam: Polis memasang penghadang jalan menuju Dataran Merdeka.

8.30 malam: Kira-kira 1,000 orang awam membanjiri Dataran Merdeka. Zainuddin berkata, pasukan polis yang secukupnya akan ditempatkan di lokasi tersebut untuk mengawal keselamatan orang ramai.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan