Ibu Bapa Boleh Dapat Nasihat Kemasukan Anak Ke Tingkatan Satu Secara Online

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ibu bapa boleh mendapat maklumat serta mengetahui status kemasukan anak-anak mereka ke tingkatan satu secara online, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.

Beliau berkata sistem online itu diperkenalkan tahun lepas bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah aliran agama.

"Kita menerima banyak rungutan daripada ibu bapa dan berharap mereka bersabar. Pada masa yang sama ibu bapa boleh dapatkan maklumat di Pejabat Pendidikan Daerah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy, di Jalan Stadium pada Rabu.

Menurut Kamalanathan, antara rasa tidak puas hati ibu bapa dengan sistem online itu ialah permohonan yang tidak sama sebagaimana surat tawaran untuk memasuki sekolah yang dipilih.

Beliau turut melawat Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma di Jalan Langgar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong bagi melihat sendiri keperluan sekolah-sekolah tersebut.

Sesi persekolahan di Kedah bermula pada Rabu.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan