Diskaun Tol Sempena Tahun Baru

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna kenderaan di lebuh raya Besraya, NPE dan Lekas pada Tahun Baru akan menerima diskaun tol 10 %sempena dengan sambutan Tahun Baru 2014.

Pengguna yang menggunakan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE_ dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan menerima diskaun tol 10% untuk kenderaan kelas pertama.

Besraya dan NPE akan memberikan diskaun tol 10% untuk kenderaan kelas pertama bagi semua plaza tol, manakala Lekas akan memberikan diskaun tol 10% bagi kenderaan kelas pertama untuk plaza tol Ampangan sahaja.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, pemberian diskaun itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat sempena dengan sambutan Tahun Baru dan sebagai penghargaan kepada pengguna lebuh raya kerana sokongan mereka yang berterusan.

"Bersempena dengan sambutan Tahun Baru 2013 dan sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia, kami meminta para pengguna untuk berkongsi maklumat trafik di laman web Rakan Roda Lebuhraya (http://rakanronda.llm.gov.my) bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat," kata Salwani pada Selasa.

"Pengurusan Divisyen Tol IJM turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengguna dan menasihatkan supaya merancang perjalanan anda," katanya.

Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol pada 1 Januari 2013 dari pukul 12.01 pagi sehingga 12 tengah malam.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan