Ahmad Shabery Sokong Pengumuman 11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan

Diterbitkan: Rabu, 1 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengurangkan perbelanjaan sektor awam dengan menggariskan 11 langkah termasuk mengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri berkuat kuasa Rabu.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bagi merealisasikan usaha itu, kementeriannya akan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan melaksana dan menyampaikan dasar kerajaan kepada sasaran dengan lebih cepat dan tepat.

"Melalui penggunaan teknologi ICT, kerajaan tidak lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi menyediakan kain rentang atau papan iklan untuk acara-acara rasmi bagi menjimatkan kos.

"Teknologi ICT juga membolehkan setiap maklumat yang dihantar kepada kumpulan sasaran menjadi lebih mudah, cepat dan tepat," katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian itu bersama Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu), Jabatan Perdana Menteri akan mencadang dan menyelaras penggunaan teknologi ICT secara lebih meluas kepada kementerian-kementerian lain.

Katanya penggunaan mel elektronik (e-mel), sidang video, Skype, Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya dilihat sebagai langkah penjimatan terbaik.

Beliau turut menyokong langkah kerajaan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas yang dilihat sebagai usaha membantu meningkatkan ekonomi negara.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan