MCA Minta Kerajaan Berhemah, Kurangkan Beban Tanggungan

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mahu kerajaan lebih berhemah dalam mengawasi perbelanjaan dan mengurangkan beban tanggungannya bagi membantu rakyat dalam mengharungi kos kenaikan sara hidup.

Presiden MCA Datuk Sri Liow Tiong Lai dalam perutusan Tahun Baharu 2014 berkata kerajaan perlu bertindak mengurangkan pembaziran dan tegas dalam usaha membanteras rasuah. "Usaha-usaha juga perlu dilakukan untuk menambah produktiviti dan pendapatan negara," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

Langkah itu termasuk pemotongan elaun tol dan keraian bagi menteri dan timbalan menteri dan pengurangan penggunaan tenaga elektrik di semua premis kerajaan.

Liow berkata kerajaan juga perlu melihat semula dasar rasionalisasi subsidi secara berperingkat agar tidak membebankan rakyat.

"Selain itu program-program baharu untuk membantu masyarakat yang miskin mesti dilaksanakan bagi mengurangkan beban tanggungan mereka," katanya.

Beliau juga berharap konsep 1Malaysia dikekalkan, dengan dasar-dasar yang adil dan saksama dalam politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan