Langkah Penjimatan Permulaan Baik Untuk Tahun Baharu - Lam Thye

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan 10 langkah penjimatan sektor awam yang bermula pada Rabu merupakan suatu langkah tepat, kata pemegang amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata walaupun jumlah potongan adalah kecil, namun ia suatu permulaan baik bagi tahun baharu kerana langkah itu boleh dijadikan contoh oleh rakyat supaya berbelanja secara berhemat.

"Walaupun langkah penjimatan ini secara umumnya diterima baik, namun tugas paling berat bagi kerajaan ialah untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan tidak berlaku 'ketirisan' dan pembaziran dalam perbelanjaan awam," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat pada tahun depan.

Langkah itu termasuk pemotongan elaun tol dan keraian bagi menteri dan timbalan menteri, pengurangan penggunaan tenaga elektrik di semua premis kerajaan serta pengurangan hidangan pada majlis rasmi.

Lee juga menegaskan tentang perlunya tindakan lebih agresif diambil semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan dalam penganjuran majlis serta mencegah 'ketirisan' dan pembaziran.

Beliau berkata ini sejajar dengan laporan Ketua Audit Negara 2012, yang secara jelas menunjukkan berlakunya ketirisan dalam perbelanjaan akibat penyelewengan pengurusan dan kekurangan integriti, sehingga mengakibatkan kerugian di pihak kerajaan.

"Jelas sekali, semua jabatan dan agensi perlu mengambil langkah serius untuk meningkatkan kawalan dalaman dan memperkemaskan sistem audit dalaman agar sebarang kelemahan dalam pengurusan kewangan masing-masing dapat dikesan dengan lebih awal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan