Guan Eng Guna Mercedes-Benz S300L Sebagai Kenderaan Rasmi

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Guan Eng (kanan) bersama kereta Mercedes barunya.
Lim Guan Eng (kanan) bersama kereta Mercedes barunya.

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, tetapi Lim hanya menggunakan satu kenderaa.

Ketua Menteri itu mula menggunakan Mercedes-Benz, yang dibeli pada harga RM298,263.75 pada Isnin.

Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218.

“Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar.

“Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan."

Mokhtar berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri telah diadakan pada 20 November lalu dan keputusan sepakat dibuat untuk pembelian kereta mewah.

“Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh Lim akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee,” katanya.

Lim hadir pada sidang media, Selasa.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan