FGV Lantik Pengurusan Baharu

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik ketua pengurusan yang baharu, berkuatkuasa 1 Januari 2014, dalam usaha mengukuhkan dan menyepadukan syarikat untuk mengharungi tahun akan datang dan melepasinya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, FGV berkata antara pelantikan baharu itu ialah Fairuz Ismail, Naib Presiden Eksekutif bagi Pengurusan Transformasi, Abdul Halim Ahmad, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Plantation (M) Sdn Bhd (FGVPM) dan Ketua Kelompok Perladangan, dan Farisan Mokhtar, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan bagi Kelompok Hiliran.

Yang lain termasuk Datuk Abd Halim Hamid, Naib Presiden Kanan dan Ketua Meja Asia Tenggara dan & Oceania FGV; Zakaria Arshad, Naib Presiden Kanan dan Pemangku Ketua Kelompok Hiliran; Denys Colin Munang, Naib Presiden dan CEO Kumpulan Pontian United Plantations Bhd; Soh Kim Yaw, Naib Presiden FGVPM; dan Daniel Lee V'nn Ckh'ng, Pemangku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Maklumat FGV.

Presiden dan CEO Kumpulan FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata kumpulan itu melakukan proses pencarian secara serius dengan matlamat meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik petunjuk prestasi utama dalaman.

"Ketika melangkah ke tahun baharu dam melepasinya, kami yakin mencapai matlamat jangka panjang dan untuk itu, kami perlu meningkatkan kumpulan bakat yang ada.

"Oleh itu, menerusi barisan baharu dalam pasukan pengurusan yang dicergaskan ini, kami yakin fokus ke atas peningkatan operasi, memperkukuh prestasi tinggi dan mengoptimumkan portfolio, akan dapat dicapai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan