Belum Diputuskan Untuk Bawa Pulang Pelajar Malaysia Di Mesir - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 31 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Pelajaran Malaysia di Mesir masih belum memohon kepada Kementerian Pelajaran untuk membawa pulang pelajar Malaysia berikutan insiden pertempuran antara pelajar Universiti Al-Azhar dan pasukan keselamatan Mesir, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata lebih 3,00 pelajar Malaysia di Mesir telah ditempatkan di universiti-universiti di Malaysia semasa berlakunya pergolakan sebelum ini di negara itu.

"Masih belum ada keputusan dibuat mengenai keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini, Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menghadiri taklimat di Jabatan Pelajaran Pahang mengenai pasca banjir di negeri ini dan persediaan bagi memastikan kesemua 41 buah sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini sedia untuk memulakan sesi persekolahan 2014 pada Khamis ini.

Pertempuran berlaku pada Ahad di seluruh kampus lelaki di Universiti Al-Azhar antara pasukan keselamatan Mesir dan pelajar yang menyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.

Peperiksaan akhir semester akhir univesiti itu juga dilaporkan ditunda berikutan insiden berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan