Polis Tawau Terima 18 Laporan Bantah 'Himpunan Guling Kerajaan'

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis Tawau menerima 18 laporan berkaitan perhimpunan yang dikatakan untuk mengguling kerajaan pada sambutan tahun baharu Selasa ini, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.

Beliau memberitahu Bernama lima laporan terbaharu dibuat di Ibu Pejabat Polis Tawau pada Ahad oleh kira-kira 100 anggota Umno bahagian Kalabakan diketuai Naib Ketua bahagian Ismail Ayid yang bimbang perhimpunan itu akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ismail berkata Umno Kalabakan mengutuk sekeras-kerasnya cubaan mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih berdasarkan demokrasi dan mengikut undang-undang serta perlembagaan negara.

"Tindakan tegas bukan sahaja perlu diambil ke atas penganjur tetapi juga penulis blog serta laman sosial yang mempromosikan himpunan haram tersebut," katanya.

Turut membuat laporan polis hari ini ialah Persatuan Kebudayaan Suluk-Bajau Tawau Sabah yang diketuai Presidennya Datu Lukman Datu Shabuddin, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Sabah diketuai Pengerusinya Sardiansah Sende, Kelab Penyokong Barisan Nasional Tawau diketuai Ardi Arsah dan Kelab Penyokong Najib Razak diketuai Azizul Tandek.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan