Najib Harap Mangsa Banjir Di Sarawak Tabah

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua mangsa banjir di Sarawak tabah dalam menghadapi ujian bencana alam itu.

"Saya berdoa agar Allah memudahkan dan meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Bintulu, Miri serta kawasan-kawasan lain," katanya dalam laman twitter beliau pada Isnin.

Pada Ahad dilaporkan keadaan hujan berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir, melibatkan beberapa kawasan di bahagian Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air di antara 0.5 meter dan satu meter.

Pada Isnin, dilaporkan 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Daripada jumlah itu, 222 orang di Bintulu, manakala 34 orang di Niah dan lima di Marudi, masing-masing daerah kecil di Miri. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan