Perkhidmatan Bas RapidKL, LRT, Monorel Dilanjut Hingga 2 Pagi Pada 31 Dis

Diterbitkan: Ahad, 29 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pengangkutan awam bandar bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga pukul 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga pukul 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti. Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.

Lim berkata laluan bas yang akan dilanjut perkhidmatannya ialah U64 (dari Taman Seri Muda ke Pasar Seni), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Sri Manja/Sentosa ke Pasar Seni), U70 (Puchong Prima ke Pasar Seni), U22 (Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Terminal Kajang ke Mydin Sinar Kota), U23 (Taman Melawati ke Lebuh Ampang), U224 (Bandar Dato Senu ke Kotaraya), U6 (Taman Jasa Utama ke Medan Pasar) dan U88 (Kota Damansara ke Pasar Seni).- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan