Muhammad Ali Kembalikan Tiga Darjah Kebesaran Johor

Diterbitkan: Ahad, 29 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim memaklumkan beliau telahpun mengembalikan kesemua tiga darjah kebesaran negeri Johor pada Jumaat kepada Jumaah Majlis Diraja Johor.

Tindakan itu diambil berikutan kenyataan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli pada 5 Dis lepas berhubung artikel tulisan beliau dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Dis lepas, kata Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia itu dalam satu kenyataan di sini hari ini. Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk', serta Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ).

Muhammad Ali berkata beliau menulis surat kepada Abdul Rahim pada 18 Dis lepas untuk memberi penjelasan berhubung artikel tulisan beliau bertajuk 'Menuntut hak, menebus masa silam,' yang didakwa Abdul Rahim dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri ini.

"(Saya) juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak (tulisan anak bongsunya, Allahyarham Khaled yang meninggal dunia pada 23 Nov lepas yang disertakan bersama artikelnya itu) mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan