Individu Rosakkan Kenderaan Polis Di Teluk Cempedak Diminta Serah Diri

Diterbitkan: Ahad, 29 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pihak polis meminta individu yang merosakkan kenderaan polis di Teluk Cempedak di sini pada Selasa lepas agar menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata gambar mereka yang sedang melakukan jenayah itu telah tersiar dalam beberapa akhbar.

"Kesemua individu terbabit dinasihatkan supaya menyerah diri secara sukarela di IPD Kuantan sebelum pihak polis bertindak mengesan mereka," katanya.

Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan sambutan malam Krismas telah bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di Pantai Teluk Cempedak.

Tiga daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Jumaat lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan