SMM: Perhimpunan Bukan Untuk Guling Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata perhimpunan di Kuala Lumpur yang dirancang oleh gerakan itu pada sambutan ambang tahun baharu bukanlah bertujuan untuk 'menggulingkan kerajaan'.

Pengerusi SMM, Mohamed Bukhairy Sofian berkata, perhimpunan tersebut diadakan untuk menyuarakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

"Perhimpunan itu akan diadakan secara aman seperti yang terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Kami juga menuntut kerajaan untuk menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu, (dan) untuk menghentikan segala pembaziran dan ketirisan yang perlu ditanggung oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamed Bukhairy berkata, penganjur perhimpunan itu, dikenali sebagai Gerakan 3112-Turun, turut disokong oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Beliau berkata kumpulan itu telah mengenalpasti Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni sebagai check-point untuk para peserta berkumpul sebelum perhimpunan tersebut.

"Kami akan bertemu di ketiga-tiga check-point bermula pukul 9 malam dan mula bergerak ke Dataran DBKL, tepat pukul 10 malam.

"Selepas ketiga-tiga kumpulan tersebut berkumpul, kami akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

"Kami berharap perhimpunan ini akan menjadi isyarat efektif kepada kerajaan, untuk membuktikan golongan mahasiswa tidak akan berdiam diri sekiranya sesiapa saja yang berkuasa menindas rakyat," katanya.

Pada minggu lalu, Pengerusi Turun, Azan Safar menjelaskan bahawa perhimpunan anjuran golongan mahasiswa, tiada kaitan dengan perhimpunan lain yang dirancang, kononnya untuk menggulingkan kerajaan, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Azan, bagaimanapun, ditahan pada Rabu dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan