Nuri Mendarat Cemas Bukan Kerana Masalah Teknikal - Panglima TUDM

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. Foto MUSTAFA AHMAD / THE STAR
Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. Foto MUSTAFA AHMAD / THE STAR

BUTTERWORTH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat menyangkal dakwaan masalah teknikal punca helikopter Sikorsky S61A-4 Nuri terpaksa membuat pendaratan cemas di Pulau Perak, Kedah, Isnin lepas.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata ini kerana helikopter tersebut baharu beberapa jam melalui pemeriksaan kedua di Pangkalan TUDM sebelum dibenar terbang.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku bukan disebabkan faktor teknikal pesawat seperti apa yang dilapor dalam akhbar tetapi kemungkinan disebabkan oleh faktor operasi termasuklah cuaca dan pengendalian pesawat," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Menurutnya, TUDM sudah menubuhkan lembaga penyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mengenai tiga anak kapal termasuk juruterbang pesawat berkenaan, beliau berkata, kesemua mereka yang mengalami cedera ringan masih berehat di rumah.

Mengulas saranan agar pesawat Nuri diganti, Rodzali berkata, perkara itu dalam perancangan dan TUDM mempertimbang untuk menggunakan pesawat Eurocopter yang baru dibelinya bagi mengambil alih tugas Nuri.

Sekarang Malaysia mempunyai 15 pesawat Nuri yang tugasnya termasuk operasi mencari dan menyelamat, katanya.

"Kita memerlukan 27 pesawat sebagai persediaan menghadapi sebarang bencana dan Eurocopter akan menggantikan pesawat Nuri pada masa hadapan," katanya.

TUDM kini memiliki 12 pesawat Eurocopter yang dijangka mula beroperasi pada Jun atau Julai tahun depan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan