Mahasiswa Diingatkan Tidak Sertai Perhimpunan Guling Kerajaan - Berita Semasa | mStar

Mahasiswa Diingatkan Tidak Sertai Perhimpunan Guling Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan mahasiswa yang sedang bercuti semester supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan guling kerajaan pada malam sambutan tahun baharu.

Razali, yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, sebaliknya meminta mereka menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah.

"Kalau benar-benar mahasiswa bijak, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan ini kerana untuk menurunkan sesebuah kerajaan boleh dilakukan pada masa pilihan raya," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu menganjurkan himpunan haram itu membuktikan mereka dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Pihak berkenaan tidak perlu menunggu sambutan tahun baharu untuk mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan sekiranya mereka benar-benar mendapat sokongan rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Muar, di sini Sabtu.

"Mereka mahu mengadakan perhimpunan haram pada hari itu kerana mereka tahu orang ramai pada kebiasaannya keluar untuk menyambut ambang tahun baharu.

"Mereka mahu menunjukkan bahawa rakyat menyokong mereka tetapi sedangkan tidak ada isu yang boleh dijadikan asas untuk menggulingkan kerajaan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan