Kes Kematian Akibat Denggi Meningkat 151%

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak 88 kematian akibat denggi dilaporkan bagi tempoh Januari hingga 21 Disember tahun ini, meningkat 151 peratus berbanding 35 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 24 kematian, diikuti Johor (21), Melaka (9), Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing lapan) serta Pulau Pinang tujuh kes.

Perak, Sarawak dan Sabah pula masing-masing empat; Kelantan dan Pahang (2 kes); manakala satu kematian dilaporkan di Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan, katanya dalam sidang media, di sini Jumaat.

Menurutnya sepanjang tempoh itu juga sebanyak 41,226 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 92 peratus atau 19,782 kes, berbanding 21,444 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Dr Noor Hisham berkata, kes denggi dilapor meningkat mendadak di 12 wilayah antaranya Melaka (229 peratus), Johor (191 peratus), Selangor (152), Negeri Sembilan (100), Perak (42), Labuan (40), Kuala Lumpur dan Putrajaya (39), Pulau Pinang (31) dan Perlis (30).

Rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan kes kematian tertinggi sejak 1970-an direkodkan pada 2010 dengan 135 kematian, manakala jumlah kes tertinggi sebanyak 49,355 kes dilaporkan pada 2008, katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tahun ini kes denggi menurun di tiga negeri iaitu Terengganu, Sarawak dan Kedah.

"Kalau dilihat trend mingguan kes denggi yang dilaporkan sejak 2002, terdapat pusingan setiap dua hingga tiga tahun iaitu negara mengalami wabak denggi yang tinggi pada 2002, 2004, 2007, 2009, 2010 dan kini 2013.

"Malah pada tahun ini juga negara di rantau Pasifik Barat turut mengalami fenomena sama apabila Singapura dan Laos masing-masing mencatatkan peningkatan 387 peratus," katanya.

Beliau mengingatkan masyarakat agar lebih peka dalam menjaga kebersihan persekitaran yang merupakan tanggungjawab bersama bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, Program Ayuh Gembur Aedes Perdana akan dilancarkan pada 5 Januari di Selangor bagi meningkatkan penglibatan masyarakat setempat menyertai aktiviti gotong-royong di seluruh negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan