Rundingan TPPA Hampir Sampai Ke Kemuncak

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjanjian utama perdagangan bebas abad ke-21, yang sedang dirundingkan oleh 12 negara dalam Lingkaran Pasifik, termasuk Malaysia, dijangka dimuktamadkan seawal 2015.

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu penuh kontroversi dan menarik banyak kritikan dan bantahan daripada pelbagai pihak berkepentingan, yang berhujah bahawa perjanjian itu dijangka memberi manfaat kepada Amerika Syarikat (US), perbadanan besar dan mengancam kedaulatan negara manakala penyokongnya pula mendakwa ia mampu merangsang perdagangan.

Ini kerana TPP, yang melibatkan Malaysia, Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Peru, Mexico, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada, yang menyumbang kepada 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia, akan memansuhkan halangan perdagangan dan membuka akses pasaran.

Pegawai Kanan Ekonomi Asean UBS Investment Bank Edward Teather berkata kerajaan di rantau Asean lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam rundingan TPPA dan mengambil beberapa risiko politik yang merupakan sebahagian daripada agenda pembaharuan mereka untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan unjuran terhadap ekonomi US dan Eropah tahun depan.

"Kami menjangkakan eksport akan menyokong pertumbuhan ekonomi Asean tahun depan ketika kitaran kredit yang perlahan dan menyebabkan kurang keyakinan ke atas hutang dan defisit hutang semasa," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kadar faedah yang terlalu rendah dan lanjutan kredit, mendorong rakyat untuk berbelanja terlalu banyak.

Bagaimanapun, Teather berkata krisis tidak berlaku di rantau ini disebabkan lembaran imbangan di kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara masih bersih.

Dalam kes Malaysia, beliau berkata pemulihan dalam eksport dijangka menguasai ketika penyepaduan fiskal berterusan dengan kerajaan dijangkakan meneruskan agenda pembaharuannya, beralih daripada perbelanjaan subsidi yang membazir serta memberi tumpuan terhadap persekitaran perniagaan.

Dalam hal ini, beliau berkata TPPA merupakan petunjuk pembaharuan mengenai kesediaan Malaysia untuk mengambil bahagian dalam rundingan yang mencerminkan kesediaan untuk berubah pada tahun-tahun akan datang Teather mengunjurkan TPPA akan dilaksanakan seawal-awalnya pada 2015, dengan manfaat ekonomi dalam kalangan negara yang mengambil bahagian, diperoleh selepas itu.

Sementara itu, Wakil Perdagangan US Michael Froman berkata kemajuan besar dicapai dalam empat hingga lima bulan lepas dalam memuktamadkan isu, mengurangkan perbezaan dan menumpukan perhatian kepada isu berkaitan politik dalam TPPA.

Kami ingin memastikan perjanjian itu baik untuk semua negara yang terlibat," katanya kepada Bernama baru-baru ini semasa melawat Malaysia. Beliau turut membincangkan dan berkongsi perspektif dengan menteri, Kaukus parlimen TPPA dan pihak berkepentingan.

Froman bagaimanapun tidak memberi petunjuk mengenai garis masa tertentu untuk memuktamadkan TPP, sebaliknya menyatakan bahawa kehadiran negara anggota berbincang dan mencari jalan untuk menangani sensitiviti, perbincangan boleh dimuktamadkan.

"Ini konsisten dengan standard tinggi keseluruhan perjanjian, dorongan untuk integrasi perdagangan di seluruh rantau ini dan selaras dengan matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)," katanya.

Dari segi sensitiviti dan isu-isu tertunggak, Froman berkata Bab Harta Intelek merupakan isu paling sukar dan mencabar.

Dalam rundingan menteri TPPA di Singapura dari 7 hingga 10 Disember, 2013, kenyataan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia menyatakan bahawa jurang yang luas masih wujud dalam banyak isu, dan memerlukan rundingan lanjut Banyak isu mengenai perusahaan milik negara, alam sekitar, hak harta intelek (IPR) dan akses pasaran, masih belum jelas dan perunding telah ditugaskan untuk meneroka penyelesaiannya, kata MITI.

Tarikh sasaran akhir tahun untuk memuktamadkan rundingan TPPA yang ditetapkan oleh pemimpin pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin APEC di Bali pada Oktober 2013, terbukti sukar dicapai Malaysia terus berunding pada pusingan ke-18 dan 19 di Kota Kinabalu, Sabah dan Brunei tahun ini, menonjolkan kebimbangan khusus dan sensitiviti dalam bidang perolehan kerajaan, perusahaan milik negara, isu-isu Bumiputera, IPR, alam sekitar dan penyelesaian pertikaian pelabur serta keperluan untuk memberi fleksibiliti termasuk tempoh peralihan dan komitmen tertentu negara.

Malaysia terus bekerjasama dengan lain-lain anggota TPPA mengenai butiran pelonggaran ini.

Pada mesyuarat menteri TPPA di Singapura membabitkan rundingan akses pasaran, mencatat beberapa kejayaan dalam penawaran anggota TPPA, namun Malaysia meneruskan usaha untuk mendapatkan pakej yang lebih baik.

Malaysia membuat pendirian bahawa rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sepatutnya menjadi sumber rujukan pada rundingan TPPA yang sedang berjalan.

Perunding kini menyediakan jadual waktu kerja rundingan TPP akan datang.

Sementara itu, mesyuarat TPPA akan datang dijangka berlangsung pada Januari.

TPPA yang dikaitkan dengan serampang dua mata atau Kuda Trojan untuk dominasi ekonomi, pastinya mencetuskan minat besar.

Namun ia merupakan senjata berbahaya dan berkuasa atas nama 'perdagangan bebas' Abad ke-21. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan