Liew Chin Tong Calon Utama Pengerusi Baharu DAP Johor

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dilihat calon pilihan untuk menggantikan Dr Boo Cheng Hau sebagai pengerusi DAP Johor yang baharu dalam pemilihan peringkat negeri bulan depan.

Ketika berkongsi pandangan itu dengan Bernama di sini, Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, P. Kogilavani berkata, penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung parti, mahu Chin Tong meneraju kepimpinan DAP Johor.

"Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng telah mencaturkan segala-galanya untuk membolehkan Liew Chin Tong menjadi pengerusi DAP Johor yang baharu," katanya.

Menurut Kogilavani, dua beranak itu melihat Chin Tong sebagai individu yang mampu merealisasikan hasrat DAP untuk merampas Johor daripada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, hubungan baik dua beranak itu dengan Chin Tong juga antara sebab mereka mahukan Anggota Parlimen Kluang tersebut menjadi pengerusi DAP Johor.

Beliau berkata, Chin Tong yang merupakan pengarah pendidikan politik dan pakar strategis DAP itu juga lebih disenangi oleh kedua-dua pemimpin tertinggi DAP tersebut berbanding Dr Boo.

Chin Tong pernah berkhidmat di bawah Guan Eng di Pulau Pinang ketika beliau menjadi anggota Parlimen Bukit Bendera selepas pilihan raya umum ke-12.

Kogilavani berkata, sememangnya bukan rahsia Kit Siang dan Guan Eng tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Dr Boo, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai selama dua penggal.

Dr Boo, seorang pengamal perubatan telah menjadi pengerusi DAP Johor selama tiga penggal dan berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu sebelum pucuk pimpinan tertinggi parti memutuskan Kit Siang sebagai calon mereka di situ.

Minggu lepas, bekas Adun Senai Ong Kow Meng yang juga naib pengerusi DAP Johor, dan bekas Adun Bentayan Gwee Tong Hiang meminta Dr Boo menunaikan janjinya untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi DAP Johor.

Kedua-dua mereka yang mahukan pemimpin muda lebih berkaliber mengambil alih tempat Dr Boo, menamakan Chin Tong dan Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching sebagai pemimpin DAP yang boleh diketengahkan menjadi pengerusi negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan