Tiga Nelayan Hampir Tenggelam, Bot Dipukul Ombak Di Langkawi

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Tiga nelayan yang hampir tenggelam akibat bot mereka di pukul ombak kira-kira dua batu nautika dari sini malam Rabu berjaya diselamatkan.

Mereka dikenali sebagai Azmi Ahmad, 43, Mahathir Man, 35, dan Mat Ridzuan Mat Saat, 41, dari Tongkat Yard, Alor Setar.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Tan Kok Qwee berkata salah seorang daripada nelayan berkenaan menghubungi talian kecemasan kira-kira pukul 7.40 malam untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi dan minta diselamatkan.

"Nelayan-nelayan tersebut sedang melabuhkan pukat untuk menangkap ikan apabila bot mereka dimasuki air akibat dipukul ombak kuat selain berlaku kebocoran pada bot mereka.

"Semasa pasukan mencari tiba, bot nelayan itu hampir tenggelam. Ketiga-tiga nelayan itu sempat diselamatkan dan dibawa ke pengkalan APMM Langkawi dalam keadaan selamat, namun bot mereka tenggelam," kata Tan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan