Purata 16 Kes Orang Hilang Dilapor Setiap Hari Tahun Lepas - MCPF

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Purata 16 kes orang hilang terutama yang melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita dilapor di negara ini setiap hari tahun lepas.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebanyak 5,721 kes orang hilang dilapor tahun lepas dengan 3,127 orang atau 54.7 peratus kes dijumpai semula.

Beliau berkata, statistik antara Januari hingga 23 Disember tahun ini turut menunjukkan tahap membimbangkan dengan 4,998 orang yang dilapor hilang, hanya 2,382 orang atau 48 peratus berjaya ditemui.

"Daripada jumlah kes orang hilang yang dilaporkan tahun ini, seramai 2,237 orang atau 45 peratus terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah," katanya kepada media selepas menutup seminar kes orang hilang peringkat negeri Melaka di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Lee berkata, terdapat beberapa faktor berlaku kes orang hilang termasuk diculik dan bunuh.

Terdapat juga kes orang hilang terutama di kalangan remaja yang melarikan dari rumah akibat tekanan, masalah dalaman keluarga atau mengikut teman lelaki, katanya.

"Saya sarankan ibu bapa perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi memastikan lebih banyak perhatian diberikan pada pembangunan dan perkembangan hal ehwal keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata, sekiranya institusi kekeluargaan rapuh, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan sehingga mereka melarikan diri mengikut teman lelaki dan mungkin terjerumus dengan gejala sosial atau jenayah seperti dilacurkan.

Sementara itu, Chuah berkata, Melaka mencatat peningkatan orang hilang sebanyak 20 kes kepada 176 kes antara Januari hingga hari ini, berbanding 156 kes tahun lepas.

Beliau berkata, kebanyakan kes melibatkan remaja yang bertindak melarikan diri dari rumah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan