MCA Akan Perkenal Barisan Pemegang Jawatan 2 Januari

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Liow Tiong Lai. Foto SAM THAM / THE STAR
Datuk Seri Liow Tiong Lai. Foto SAM THAM / THE STAR

KUALA LUMPUR: MCA akan memperkenalkan pelantikan barisan setiausaha agung, bendahari agung, jawatankuasa perhubungan negeri dan jawatan lain pada 2 Januari depan.

Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau turut akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk setiap pemegang jawatan supaya kesemua mereka dalam melaksanakan tugas secara efektif bagi pelan transformasi untuk MCA.

"Sejak beberapa hari yang lalu, terdapat spekulasi mengenai pelantikan pemegang jawatan tetapi saya meminta supaya semua untuk bersabar.

"Kita akan mengumumkan kesemuanya pada 2 Januari selepas mesyuarat jawatankuasa pusat pada hari itu nanti," katanya kepada para pemberita pada hari pertama beliau melaksanakan tugas sebagai presiden parti di Wisma MCA pada Khamis.

Liow berkata, fokus beliau adalah untuk melaksanakan transformasi MCA dan pelantikan pemegang jawatan itu akan menjadi 'pemandu' dalam menjalankan komitmen kepada masyarakat China.

"Saya akan menggariskan sembilan tugas penting dalam manifesto saya dan saya akan mewujudkan pendekatannya pada 2 Januari.

"Saya mahu mewujudkan perjalanan yang mengujakan buat MCA," katanya sambil menambah bahawa sayap Pemuda dan Wanita MCA juga sudah memulakan tugas-tugasnya.

Antara sembilan perkara dalam manifesto Liow dalam pemilihan parti baru-baru ini adalah untuk merapatkan hubungan antara kaum dan mempertingkatkan institusi pendidikan Cina.

Liow, yang merupakan Ahli Parlimen Bentong, memenangi jawatan presiden parti pada pemilihan 21 Disember lalu, menewaskan dua calon lain, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Gan Ping Sieu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan