JUST Minta Pengesahan Awam Mengenai 'Mesej Amman'

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: International Movement for a Just World (JUST) pada Rabu merayu kerajaan pusat dan mufti kerajaan negeri agar memperakukan secara terbuka Risalah Amman berhubung isu Sunni-Syiah.

Presiden JUST Dr Chandra Muzaffar berkata, perkara ini perlu disegerakan memandangkan kekeliruan yang wujud sekarang dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini berikutan maklumat yang 'tidak tepat dan mengelirukan' dalam media arus perdana dan media lain berkaitan isu itu.

Beliau berkata Risalah Amman dibentuk secara rasmi 200 cendekiawan Islam terkemuka dunia dari 50 negara termasuk Malaysia pada persidangan antarabangsa di Amman, Jordan pada Julai 2005 inisiatif Raja Abdullah II, akan membantu memperkukuhkan perpaduan umat Islam.

Chandra berkata risalah itu itu merangkumi tiga perkara penting:

* Ia mengiktiraf kesahihan kesemua lapan mazhab Sunni, Syiah dan Islam Ibandhi, teologi Islam tradisional, fahaman Tasawuf dan pemikiran Salafi yang tulen;

* Ia melarang takfir (mengisytiharkan murtad) antara umat Islam dan

* Ia menetapkan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa, sekali gus mendedahkan fatwa yang jahil dan tidak sah yang dibuat atas nama Islam.

Chandra berkata terdapat beberapa sebab kenapa risalah itu harus diperakukan secara terbuka termasuk memperkuatkan komitmen ke arah perpaduan umat Islam terutamanya apabila jurang antara Sunni-Syiah dieksploitasi pelbagai kumpulan untuk melemahkan perpaduan umat Islam.

Beliau juga mencadangkan risalah itu bukan sahaja diperakukan secara terbuka tetapi diedarkan secara meluas ke sekolah menengah agama Islam dan kepada golongan ustaz serta ustazah di seluruh negara.

Risalah itu juga boleh dimuatkan dalam kutbah Jumaat dan disiarkan menerusi radio dan televisyen serta media lain, katanya.

Beliau yakin risalah itu yang diterima pakai pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Makkah pada Disember 2005, akan menggalakkan persefahaman dan muhibah antara Sunni dan Syiah di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan