Jawatan Pemimpin DAP Tidak Sah Selagi ROS Belum Iktiraf Pemilihan - Zulkifli

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor pada Khamis menggesa semua pihak supaya tidak mengiktiraf jawatan pemimpin DAP sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Beliau berkata sehingga kini DAP sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang sah di semua peringkat malah arahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka juga dianggap tidak sah.

"Mereka ini dalam CEC hari ini tidak ada jawatan, jawatan yang diadakan adalah jawatan yang tidak sah. Jadi, saya harap semua yang berkenaan atau media jangan rujuk pemimpin-pemimpin ini dengan jawatan mereka.

"...ini kerana jawatan itu tidak sah. Anda nak sebut mereka sebagai bekas...betul, tetapi sebagai pengerusi, sebagai setiausaha agung...tidak, mereka bukan lagi...patut betulkan perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim yang mahu Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan terhadap Lim kerana melabel ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Jahara Hamid sebagai 'nenek rasis'.

Lim menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' apabila beliau dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman selepas mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Zulkifli berkata desakan Norliza itu adalah tidak tepat dari segi teknikal kerana Jawatankuasa Disiplin DAP tidak mempunyai kuasa selagi ROS belum mengiktiraf barisan CEC yang baru dilantik pada pemilihan semula 29 September lepas.

"Pada kesimpulannya semua keputusan dan arahan yang dibuat selepas 15 Disember 2012 adalah dianggap tidak sah selagi tidak mendapat pengiktirafan dari pihak ROS. Saya mohon semua pihak apabila membuat rujukan terhadap jawatan biarlah yang rasmi dan betul serta tidak mengelirukan rakyat," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan