Cadangan Bantuan Televisyen Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Rabu, 25 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) beramah mesra dengan hadirin ketika menghadiri majlis Makan Malam Amal Sentuhan Kasih di Cherating dekat Kuantan, malam Selasa. -fotoBERNAMA
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) beramah mesra dengan hadirin ketika menghadiri majlis Makan Malam Amal Sentuhan Kasih di Cherating dekat Kuantan, malam Selasa. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diminta mengusahakan bantuan set televisyen kepada setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

Beliau berkata bantuan televisyen itu merupakan antara usaha kerajaan yang akan bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meringankan bebanan mangsa banjir.

"Saya dah maklumkan kepada pihak SKMM untuk cari jalan bagi membantu supaya dapat meringankan beban mangsa banjir, dalam usaha menguatkan semangat kekeluargaan ialah televisyen, di mana keluarga berkumpul bersama-sama (menonton televisyen)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sentuhan Kasih' di Cherating, malam Selasa.

Majlis Sentuhan Kasih itu bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan mangsa banjir buruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini terutamanya di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

"SKMM akan memikirkan bagaimana untuk kita mencari dana dan jalan untuk memberi satu set tv kepada setiap keluarga, seramai 30,000 keluarga terlibat (dalam banjir buruk baru-baru ini di seluruh negara), jadi kita akan cari 30,000 set tv.

"Insya-Allah ia akan jadi kenyataan, kita akan berusaha dengan semua pihak terlibat, untuk pastikan jadi kenyataan, juga dari NGO, yang sebelum ini dilihat telah memberi bantuan berupa tilam, dapur dan sebagainya," kata Ahmad Shabery.

Banjir buruk yang melanda baru-baru ini terutamanya di Kemaman dan Kuantan, mengakibatkan lebih 70,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Malah di Kemaman, sebanyak 10 pusat pemindahan daripada 49 pusat pemindahan di situ terpaksa dipindahkan berikutan pusat itu juga ditenggelami air.

Banjir buruk awal Disember lepas itu mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit, di mana kebanyakan keluarga di Kemaman dan Kuantan, mengalami kerugian total. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan