Transaksi Di Plaza Tol Kempas, Perling Secara Elektronik Mulai 11 Januari

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Semua transaksi tol di Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Perling di Lebuhraya Linkedua akan dikendalikan secara elektronik mulai 11 Januari depan.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata penggunaan sistem elektronik di kedua-dua plaza tol terbabit merupakan lanjutan daripada pelaksanaan sistem yang sama di lebuh raya Linkedua sebelum ini.

PLUS akan memberikan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTAG di Plaza Tol Kempas dan Perling selama tiga bulan bermula 11 Jan hingga 10 April 2014, katanya dalam kenyataan, Selasa.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go (dengan nilai tambah RM5) dan harga promosi RM5 di pusat khidmat pelanggan di Plaza Tol Kempas dan Perling mulai 1 Januari hingga 31 Januari.

Selepas tarikh itu, kad PLUSMiles dan Touch 'n Go (dengan nilai tambah RM5) boleh diperolehi dengan harga RM10, kata Noorizah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan