Tiada Ancaman Keganasan Di Sempadan Thai Menular Ke Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang tentera sedang mengawal kawasan letupan di Thanon Tanrattanakorn 1.
Seorang tentera sedang mengawal kawasan letupan di Thanon Tanrattanakorn 1.

PETALING JAYA: Anggota keselamatan berada dalam keadaan waspada selepas insiden letupan berlaku di sempadan Malaysia - Thailand, iaitu Pekan Danok, Padang Besar dan Sadao, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada ancaman keganasan menular ke Malaysia.

"Anggota polis dan tentera meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan itu.

"Mereka amat berwaspada dan akan memastikan keganasan tidak menular ke Malaysia," katanya pada Isnin.

Terkejut dan kecewa dengan serangan tersebut, Dr Wan Junaidi berkata, anggota keselamatan bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatan di Thailand untuk mengelakkan sebarang serangan pada masa akan datang.

"Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang, walaupun mereka harus menangguhkan sebarang rancangan percutian ke selatan Thailand (buat masa ini).

"Anggota keselamatan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya.

Walaupun serangan tersebut mengerikan, Dr Wan Junaidi berkata, beliau yakin, keganasan seperti itu tidak akan menjejaskan rundingan damai yang sedang berjalan di selatan Thailand itu.

"Keganasan tidak pernah menyelesaikan sebarang konflik di mana-mana negara di seluruh dunia. Hanya rundingan damai boleh menamatkan konflik di selatan Thailand," katanya.

Beliau berkata, keganasan seperti itu tidak sepatutnya menjejaskan rundingan damai di rantau ini.

"Perang dan keganasan bukanlah jawapannya. Rundingan damai harus diteruskan," katanya.

Hakikatnya konflik di selatan Thailand tidak pernah reda, sejak 1993 hingga 2004, seramai lebih 5,500 nyawa terkorban dalam insiden itu.

Antara kawasan-kawasan di mana keganasan berlaku termasuk Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.

Malaysia telah mengatur beberapa rundingan damai di antara kumpulan pemberontak dan kerajaan Thailand pada 2010.

Beberapa penganalisis tempatan dan serantau percaya bahawa kumpulan-kumpulan seperti Pertubuhan Liberalisasi Bersatu Patani, Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) serta puak pemisah selatan Thailand iaitu Kumpulan Ronda Kecil (RKK) didakwa turut terlibat dalam serangan tersebut.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan