The Heat Berusaha Batalkan Penggantungan

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN.
Akhbar The Heat digantung kerana tidak menepati syarat ditetapkan KDN.

PETALING JAYA: Akhbar mingguan yang baru sahaja digantung, The Heat sedang berusaha agar penggantungan ke atas akhbar berkenaan dibatalkan dengan memberikan kerjasama penuh dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), menurut portal milik syarikat berkenaan, The Ant Daily pada Isnin.

The Heat telah membalas dua surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN bertarikh 27 November dan 2 Disember, dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan, menurut The Ant Daily.

KDN menggantung permit The Heat kerana mendakwa akhbar tersebut telah melanggar syarat yang terkandung dalam permit penerbitan dan edisi akhbar berkenaan pada 21 Disember telah dihentikan.

Jurucakap KDN kemudian berkata, arahan tersebut dikeluarkan bukannya reaksi ekoran laporan muka depan akhbar berkenaan mengenai artikel 'perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor' yang disiarkan bulan lalu seperti yang didakwa menjadi punca lesen akhbar tersebut digantung.

Semasa ia diluluskan pada 8 Julai, The Heat didaftar sebagai penerbitan di bawah kategori 'Ekonomi/Sosial' namun syarikat tersebut telah memohon untuk mendaftarkan semula akhbar berkenaan di bawah kategori 'Hal Ehwal Semasa'.

Kelulusan bagi pertukaran tersebut telah pun diberikan pada 18 September, menurut The Ant Daily.

Pengarang akhbar berkenaan juga telah bertemu dengan wakil KDN dan pihak mereka memberi jaminan bahawa rayuan The Heat akan diperhalusi dengan teliti.

Penggantungan akhbar mingguan itu dikecam oleh persatuan wartawan seperti Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Centre for Independent Journalism (CIJ) yang menentang kumpulan yang tidak mengamalkan prinsip demokratik.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan