Pemimpin DAP Johor Mahu Dr Boo Tunai Janji Tidak Bertanding Pengerusi Negeri

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua pemimpin DAP Johor meminta Pengerusi parti negeri Dr Boo Cheng Hau mengotakan janjinya untuk tidak bertanding pada pemilihan kepimpinan negeri yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Ong Kow Meng yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, dan bekas ADUN Bentayan Gwee Tong Hiang mahukan DAP Johor dipimpin oleh kepimpinan baru yang lebih berkaliber.

"Kita berharap Dr Boo akan menunaikan janjinya dengan tidak bertanding pada pemilihan DAP Negeri Johor yang dijadualkan pada 12 Januari depan. Terdapat pemimpin lain yang lebih berkeupayaan untuk mengisi jawatan itu," kata Ong pada sidang media pada Isnin.

Dr Boo yang juga ADUN Skudai selama dua penggal, katanya, telah memegang jawatan Pengerusi DAP Johor itu amat lama selama tiga penggal dan perlu memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin muda.

Ong menamakan anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching sebagai di antara pemimpin muda DAP Johor yang mampu mengisi tempat Dr Boo sebagai Pengerusi DAP negeri.

Chin Tong yang mendapat undi tertinggi pada pemilihan jawatankuasa pusat DAP lepas juga merupakan Pengarah Pendidikan Politik parti itu, manakala Teo pula adalah Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Menurut Ong yang merupakan seorang peguam, beliau juga tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP Johor pada pemilihan bulan depan itu.

Tong Hiang yang mengemukakan saman RM5 Juta terhadap Dr Boo Ogos lepas pula berkata, DAP Johor memerlukan pemimpin muda yang lebih berkemampuan dan bersikap neutral untuk memimpinnya.

Beliau yang tidak memegang sebarang jawatan di dalam jawatankuasa parti negeri, juga tidak bercadang bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan parti Januari depan.

Yang turut hadir pada sidang media itu adalah Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa P.Kogilavani dan beberapa pemimpin peringkat akar umbi DAP Johor. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan