Konsert 'Maestro Illaiyaraaja' Berlangsung Ikut Jadual

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Illaiyaraaja
Illaiyaraaja

KUALA LUMPUR: Konsert 'King of Kings Maestro Illaiyaraaja Live in KL 2013' oleh komposer muzik filem terkemuka India, Illaiyaraaja, yang dijadual diadakan di Stadium Merdeka di sini pada 28 Disember ini akan berlangsung mengikut jadual.

Ini meskipun beliau dimasukkan ke hospital di Chennai pada Isnin kerana penyakit jantung ringan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan My Events International, Shahul Hameed Dawood pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung konsert itu selepas tesebar berita bahawa ahli muzik terkemuka itu dimasukkan ke Apollo Hospital, Chennai, India.

"Beliau dirawat oleh doktor peribadi dan sebuah panel pakar kardiologi yang kemudian mengesahkan penyakit jantung beliau adalah ringan dan terkawal. Beliau beransur sembuh dan dijangka tiba di sini pada 27 Disember untuk konsert itu," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah anak lelaki bongsu ahli muzik terkemuka itu yang juga pengarah dan komposer muzik terkenal, Yuvan Shankar Raja.

Semasa sidang media berlangsung, Shahul Hameed menelefon Illaiyaraaja dan memasang pembesar suara agar pihak media boleh mendengar perbualan itu.

Dalam perbualan telefon itu, ahli muzik terkemuka itu menyatakan tidak sabar-sabar lagi untuk mengadakan persembahan di Malaysia dan memberitahu peminatnya di sini usah bimbang tentang kesihatannya dan beliau akan bertemu mereka tidak lama lagi.

Shahul Hameed berkata kira-kira 20,000 peminat dijangka memeriahkan konsertnya Sabtu ini dan setakat ini 85 peratus tiket telah dijual.

Beliau akan mengadakan persembahan bersama sejumlah 70 anggota orkestra yang dibawa dari India secara eksklusif bagi konsert itu.

Illaiyaraaja menghasilkan lebih 4,500 lagu dan menyediakan skor filem bagi lebih 950 filem dalam tempoh lebih 30 tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan