Elakkan Daripada Melakukan Perjalanan Ke Selatan Thailand - Wisma Putra

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Isnin menasihati rakyat Malaysia supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke kawasan berlakunya beberapa siri letupan bom di selatan Thailand.

Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, kementerian itu berkata rakyat Malaysia perlu menimbangkan, buat masa ini, untuk menangguhkan sebarang kunjungan tidak perlu ke wilayah terbabit bagi keselamatan diri mereka dan atas sebab-sebab keselamatan.

"Rakyat Malaysia yang sudah pun berada di selatan Thailand dinasihati memantau keadaan dengan rapi dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand," jelas kenyataan itu.

Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Butiran tentang konsulat itu seperti berikut: Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla, No. 4, Sukhum Road Muang District, Songkhla Province 90000 Thailand. Tel: +66 74 311 062 Fax: +66 74 324 004 E-mail: malsgkhla.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan