Diskaun Tol Di LPT Sempena Krismas Hanya Untuk Touch 'N Go , SmartTAG

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad pada Selasa menjelaskan diskaun tol 10 peratus yang ditawar sempena sambutan Hari Krismas hanya untuk pengguna Touch 'n Go dan SmartTAG.

Kenyataan sebelum ini mengimplikasikan diskaun itu untuk semua pengguna lebuh raya berkenaan.

"Salah faham ini amat dikesali," kata syarikat itu dalam kenyataan, di sini.

LPT bermula dari Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hingga ke Jabor, Terengganu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan