Beberapa Pengendali Lebuh Raya Tawar Diskaun Tol Kepada Pengguna Semasa Krismas

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesas Sdn Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA) menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna sempena perayaan Hari Natal.

Diskaun ini adalah bagi kenderaan kelas satu dan akan berkuat kuasa pada 25 Disember dari pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 tengah malam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kesas berkata dalam tempoh diskaun itu, kadar tol bagi pengguna jalan raya LSA ialah sebanyak RM1.60 berbanding kasar biasa RM2.

"Diskaun ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna jalan raya LSA dan juga untuk menyokong inisiatif kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kesas, Imran Gulcharan.

Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur (ECE) di bawah konsesi ANIH Berhad pula akan memberi diskaun tol 10 peratus kepada semua pengguna jalan raya bersempena perayaan Krismas pada 25 Disember, dari 12.01 pagi hingga 11.59 malam.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Eksekutif Toll Business Wan Razali Wan Muda berkata ECE bermula dari Gombak di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan berakhir di Jabor, Terengganu.

"Diskaun tol itu sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami dalam menghargai pengguna jalan raya," katanya.

Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan trafik ECE terkini di akaun twitter LPTTrafik. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan