Penerima Tunggal PGB Kaum Bidayuh Disemadi

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penerima tunggal Panglima Gagah Berani (PGB) daripada kaum Bidayuh Kapten (B) Paul Nyopis Noyeat,  yang meninggal oada Ahad disemadi dengan penuh penghormatan tentera di tanah perkuburan Greja St Mathias di Kampung Rumih, Bauh pada Isnin.
-Foto BERNAMA.
Penerima tunggal Panglima Gagah Berani (PGB) daripada kaum Bidayuh Kapten (B) Paul Nyopis Noyeat, yang meninggal oada Ahad disemadi dengan penuh penghormatan tentera di tanah perkuburan Greja St Mathias di Kampung Rumih, Bauh pada Isnin. -Foto BERNAMA.

KUCHING: Penerima tunggal pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dari masyarakat Bidayuh, Korporal (B) Paul Nyopis Noyeat yang meninggal semalam disemadi dengan penuh penghormatan tentera di tanah perkuburan Greja St Mathias di Kampung Rumih, Bauh pada Isnin.

Kira-kira 400 orang hadir termasuk Panglima 3 Briged Infantri, Brig Jen Datuk Mohd Nazir Mami, Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Sarawak, Spencer Birai, para pegawai tentera dan pemimpin masyarakat tempatan yang upacara pengkebumiannya dilakukan Pastor Michael Jinam Motai.

Mohd Nazir kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang yang digunakan untuk menutupi keranda Nyopis kepada balu mendiang Kimen Lambek.

Nyopis, 71, meninggal di hospital Bau kira-kira 9.52 pagi semalam setelah dua bulan mengalami strok.

Mendiang dianugerah PGB atas keberaniannya menentang 15 pengganas komunis di Bau pada 1972 ketika zaman darurat. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan