PDRM Jalin Kerjasama Dengan Polis Thai Perketat Pengawasan Sempadan

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia melipatgandakan usaha untuk memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berikutan kejadian letupan di selatan negara jiran itu pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, kerjasama rapat juga dilakukan antara polis Malaysia dan Thailand bagi mempertingkat kawalan di sempadan ekoran kejadian itu.

Beliau berkata, kerjasama dari segi risikan dan pemeriksaan di sempadan sentiasa dijalankan antara pasuksn polis kedua-dua negara bagi mengekang kejadian sama daripada berulang.

"Kita memang ada jalankan kerjasama. Langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil oleh kedua-dua pihak bagi membendung kejadian sebegini," katanya kepada Bernama.

Pada Ahad, lebih 20 warga Thailand cedera dalam tiga kejadian letupan bom di selatan Thailand iaitu berhampiran Balai Polis Sadao yang disusuli letupan kedua berhampiran Balai Polis Padang Besar dalam kawasan Thailand dan letupan ketiga di hadapan Hotel Oliver, Padang Besar juga dalam kawasan Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan