Nenek Rasis: Ketua Menteri P.Pinang Diberi Tempoh Seminggu Mohon Maaf - Berita Semasa | mStar

Nenek Rasis: Ketua Menteri P.Pinang Diberi Tempoh Seminggu Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberikan tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid dengan panggilan 'nenek rasis' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, sekiranya beliau gagal memohon maaf kepadanya.

"Beliau (Lim) menuduh saya membangkitkan porpaganda perkauman dan memanggil saya '1,000 kali jahat, pemfitnah dan seorang nenek pembohong.

"Ini satu serangan peribadi yang sangat serius terhadap saya dan ia memberi kesan kepada maruah saya sebagai seorang wanita dan ketua pembangkang.

"Kenyataan saya mengenai isu yang saya ketengahkan dalam sidang DUN telah diputar belit dengan sengaja untuk mencipta kekeliruan dikalangan rakyat," katanya.

Jahara turut menggesa Lim menilai semula semua faktanya secara teliti, rasional dan positif.

Sementara itu, Setiuasaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan berkata Lim tidak dapat mengulas mengenai isu berkenaan kerana pada ketika ini beliau sedang berada di luar negara.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan