Letupan Di Danok: Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Cedera

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamzah Zainuddin.
Hamzah Zainuddin.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand, Ahad.

Letupan bom itu berlaku di hadapan balai polis di Padang Besar di kawasan Thailand, di hadapan balai polis Sadao dan di hadapan dan belakang Hotel Oliver di Danok.

Insiden itu turut berlaku di hadapan Disco Bangkok di Danok dan di hadapan Tesco Lotus di Sadao.

"Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Hamzah ketika dihubungi pada malam Ahad.

Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.

Menurut kenyataan daripada Wisma Putra, seramai 27 orang awam cedera dalam insiden letupan bom itu dan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan