Wisma Putra Akan Bantu Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Myanmar

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Para pegawai dari Wisma Putra akan bertolak ke Myanmar pada Ahad untuk bertemu dengan dua rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa di negara itu kerana didapati menangkap ikan secara haram di perairan mereka.

Rakyat Malaysia, Imran Izhar, 19, dan sepupunya Mohd Rashidi Ruslan, 26 , ditahan oleh Tentera Laut Myanmar di luar pantai Rakhine di Myanmar pada 24 November lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin berkata, pihak Myanmar telah bersetuju untuk membenarkan pegawai Wisma Putra untuk menemui rakyat Malaysia pada Ahad.

"Mereka juga telah membenarkan rakyat Malaysia untuk berkomunikasi dengan keluarga mereka," kata beliau sambil menambah bahawa Wisma Putra akan terus dengan kerajaan Myanmar, disusuli dengan mesyuarat pada Isnin untuk membebaskan mereka.

Terdahulu, bapa Imran, Izhar Ahmad, 44, berkata, anak lelakinya dan Mohd Rashidi meninggalkan Langkawi untuk ke Bangladesh pada 17 November, menerusi Hannah 8 yang sepatutnya menjadi sebuah kapal kargo milik kepada Syarikat Image 2000 Sdn Bhd.

Beliau berkata, anggota polis datang ke rumahnya pada 4 Disember lalu, dan memberitahu dia dan isterinya Rohayati Mohammad, 40, bahawa anak lelaki mereka telah ditahan di Myanmar kerana menceroboh.

"Kami fikir dia bekerja di sebuah kapal kargo, tetapi ia ternyata kapal berkenaan adalah sebuah bot nelayan. Kami berharap kedua-dua mereka akan dibebaskan dengan selamat," katanya.

Pada 28 November lalu, akhbar Myanmar melaporkan bahawa dua rakyat Malaysia ditahan oleh Tentera Laut Myanmar kerana menangkap ikan secara haram.

Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, tentera laut menemui peralatan memancing dan diesel.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan